Thursday, May 13, 2010

KENT JUARA!



Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat IPGM Zon Sabah telah berlangsung dengan jayanya bertempat di IPG Kampus Tawau, Sabah. Pertandingan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini membawa berita yang cukup menggembirakan bagi seluruh warga Kent apabila wakil IPG Kent telah berjaya menjuarai keseluruhan pertandingan tersebut. Senarai nama pendebat yang telah mengharumkan nama IPG Kampus Kent adalah seperti berikut:

1. Nor Azlina Abdul Lateh ( PISMP BA)
2. Muhammad Habibullah Safri ( PISMP SN )
3. Zulkifly Omar ( PPISMP KS )
4. Nur Izyan Shafinaz Aznan ( PPISMP SN )



Tahniah diucapkan kepada barisan pendebat IP! Turut menggembirakan apabila pendebat terbaik keseluruhan telah disandang oleh saudari Nor Azlina Abdul Lateh! Tidak dilupakan juga kepada pensyarah pengiring, En. Razali Hj. Shukor yang komited dalam membantu menyuntik semangat dan memberikan sumbangan idea kepada barisan pendebat IP. Tempat kedua disandang oleh IPG Keningau, tempat ketiga, IPG Tawau dan tempat keempat disandang oleh IPG Gaya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pendebat IP Kent yang akan mewakili Zon Sabah ke peringkat kebangsaan pada bulan Julai semester hadapan. Bersama-sama kita doakan kejayaan mereka.InsyAllah..

2 comments:

Anonymous said...

kurang sorang x disebut... Afiq Johari. Research team yg bny membantu dalam mencari maklumat dan juga membantu dalam latihan. sanggup datang bersama-sama ke tawau.. heheh terima kasih afiq....

Anonymous said...

saudara afiq meminta untuk dirahsiakan pemergiannya ke tawau bersama-sama dengan rombongan pendebat daripada pengetahuan umum..bagaimanapun terima kasih kepada beliau..

Post a Comment