DISKUSI SLOT AKHBAR

PENGENALAN

Diskusi Slot Akhbar telah dilancarkan dengan jayanya pada 3 Mei 2010 oleh Exco Pendidikan dan Akademik yang bermatlamat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam terikut sama menyusuri arus kehidupan yang sering berubah-ubah. Isu semasa yang sering berlaku amat pantas dan merangkumi pelbagai aspek yang perlu kita ketahui. Seandainya kita tidak prihatin terhadap isu yang berlaku, sudah semestinya kita akan ketinggalan di belakang dan menjadi insan yang jahil dalam mengetahui sesuatu isu yang berlaku disekeliling kita. Bagi menjayakan agenda ini, Diskusi Slot Akhbar akan dilaksanakan setiap waktu tutorial yang  mengambil masa selama 30 minit bagi membincangkan isu tersebut. Dalam hal ini, Tutor dan Ketua Unit merupakan individu yang berperanan penting bagi membantu guru pelatih agar mampu memberikan pendapat atau ulasan berkaitan isu yang dibincangkan. Hanya akhbar-akhbar yang terpilih sahaja yang akan diselitkan di dalam slot ini. Selain itu, pelaksanaan slot ini akan mewujudkan suasana perbincangan yang kondusif bagi mencambahkan lagi pemikiran ke aras yang lebih tinggi sekaligus membina pemikiran yang matang dan kritis dalam menganalisis sesuatu isu. Sebelum ini juga, hangat diperkatakan bahawa mahasiswa kurang membaca akhbar dan sering ketinggalan dalam menempatkan diri ke dalam pengetahuan perkembangan semasa. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini exco kami mengorak langkah yang efisien dengan melaksanakan Diskusi Slot Akhbar agar guru pelatih IPG Kampus Kent  mampu menangkis tanggapan tersebut dengan membaca akhbar setiap hari. Tambahan pula, Slot ini pastinya memupuk pembacaan akhbar yang berterusan yang mana kita bukan sahaja berfokuskan pada pembacaan wajib mengikut opsyen yang kita ikuti  tetapi turut juga melakukan pembacaan tambahan seperti akhbar harian ini.  Justifikasinya, Diskusi Slot Akhbar ini diharap mampu meningkatkan pembacaan dan pengetahuan kita agar kita sentiasa peka dan prihatin dalam mendepani masa depan yang penuh mencabar. 

MISI

 Melahirkan individu yang berpengetahuan tinggi dan peka terhadap isu semasa.


VISI

 Menerapkan budaya membaca dalam meningkatkan kemampuan berfikir ke arah mentaliti yang cemerlang


OBJEKTIF

 Menggalakkan aktiviti pembacaan secara interaktif dan peka terhadap isu semasa yang berlaku.
 Memperbaiki tanggapan pihak luar yang menyatakan bahawa mahasiswa di IPT kurang membaca akhbar dan kurang mengetahui perkembangan isu semasa.
 Melahirkan individu yang prihatin dan bekerjasama dalam membincangkan isu tersebut.
 Mewujudkan suasana perbincangan efektif dalam meningkatkan pengetahuan.
 Kita bukan sahaja menelaah subjek yang kita pelajari dalam setiap opsyen tetapi kita juga menelaah akhbar secara untuk menambahkan ilmu supaya kita tidak ketinggalan dalam mengetahui sesuatu isu semasa yang berlaku.


Senarai pautan ke halaman diskusi isu slot akhbar terkini:


BERITA HARIAN 
1. Harga Emas Cecah Paras Tertinggi Dalam Sejarah : 13 Mei 2010

BERNAMA ( BMA )

UTUSAN MALAYSIA
1. Chelsea Julang Trofi EPL : 10 Mei 2010
2. Siaran TV Satelit Percuma Di Pedalaman Sabah Dan Sarawak : 13 Mei 2010
3. 10 IPGM Jadi Pusat Pengkhususan Bahasa Malaysia, Inggeris : 13 Mei 2010



* Sila tinggalkan sebarang maklum balas atau komen anda pada kotak maklum balas  yang telah disediakan di bawah ini.
* Perhatian! Maklum balas bagi slot ini WAJIB menggunakan nama sebenar guru pelatih beserta opsyen.



HTML Comment Box is loading comments...