Sunday, February 28, 2010

Raptai Penuh Majlis Watikah Perlantikan JPP 2010/2011

Makluman kepada JPP sesi 2010/2011, pada malam ini (28 FEB 2010,Ahad) pukul 8.30pm, bertempat di Dewan Tun,akan diadakan raptai penuh sempena Majlis Watikah Perlantikan JPP,esok hari. Makluman ini juga turut ditujukan kepada PISMP SAINS selaku pihak yang bertugas untuk mengendalikan sepenuhnya majlis perhimpunan bersama pengarah esok agar dapat bersama-sama mennghadiri raptai penuh majlis tersebut. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak anda amatlah diharapkan. Sekian, harap maklum..

Saturday, February 27, 2010

Program Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah SAW




Assalamualaikum dan salam ukhuwah.. alhamdulillah, pada 26 Februari yang lalu / 12 Rabiul Awal 1431H, warga Kent yg beragama Islam telah menyertai Kemuncak Program Penghayatan Bulan Kelahiran Rasulullah SAW yang telah dianjurkan oleh Lajnah Dakwah & Tarbiyyah, Surau Nurul Yaqin dibantu oleh lajnah-lajnah yang lain dengan jayanya. Tahniah diucapkan! Program ini telah berlangsung selama 1 minggu yang dipenuhi dengan pelbagai program yang menarik seperti forum perbincangan, tayangan video dan pelbagai pertandingan seperti pertandingan kuiz, mengarang sajak dan sebagainya.



Kemuncak majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Romli bin Darus, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent. Majlis juga dihadiri oleh Ustaz Harun Hj. Sarail (KJ JAPIM),Tuan Hj. Abdul Rahman Siddik bin Ahmad (KJ Bahasa), En. Shibin Jafar (Ketua Warden Asrama) dan juga pensyarah-pensyarah yang turut 'turun padang' memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Sekalung penghargaan diucapkan.






Aktiviti seawal pukul 8 pagi dimulakan dengan perarakan (selawat Nabi) menuju ke Dewan Hone. Program diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh jemputan khas, saudara Muhammad Ali, deklamasi sajak pemenang pertandingan oleh saudari Nur Izyan Syafinaz, penyampaian hadiah pertandingan, ucapan alu-aluan Ketua Jabatan JAPIM, ucapan perasmian Timbalan Pengarah dan akhir sekali ialah persembahan nasyid kumpulan 'Tanakwagu..'.








Meskipun program ini hanya disambut sekadar bersederhana sahaja, namun penghayatannya cukup tinggi dalam diri setiap individu. Mudah-mudahan setiap individu muslim dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola yang konkrit di dalam kehidupan ini agar segala sunnah baginda tetap terpelihara subur mewangi di sudut sanubari.
Insya-Allah..